Wednesday, September 19, 2012

HEADBAND COMEL UNTUK SI MANJA...

  • EF02: PINK EMBROIDERY FLOWER PRINCESS HEADBAND 
  • EF01: RED EMBROIDERY FLOWER PRINCESS HEADBAND 
  • HP04: CHIFFON FLOWER HEADBAND (blue/pink) 
  • HP10: ROSE SILK FLOWER HEADBAND (peach/white/pink) 

NAK BELI???
LIKE facebook page: QAIREEN BABY WEAR
Online Shop:  http://www.qaireenbabywear.com 



Monday, April 30, 2012

JANGAN MENANGIS TENGOK BAJU-BAJU BABY NI...

Kalau berkenan jom jenguk & like page facebook




 

HUHHH PAKAIAN BABY...

untuk si baby girl.. 



.Cute...


 LAGI BANYAK DESIGN YANG CUTE2...........
JOM GI JENGUK PAKAIAN2 BABY

Friday, March 16, 2012

Headband Untuk Si Comel


Dengan rasminya kini sy membuka perniagaan online..
Jual Headband untuk baby/kanak2..
Hasil kraf buatan sendiri.. 

Ni contoh headband diperbuat daripada kain cotton..
Cute & unik sangat2 kan?
Sesuai untuk penggemar corak bunga2 kecik ala inggeris..



ahhhhh...
Ni plak headband yang diperbuat daripada grossgrain ribbon..
Kreatif kan?
Murah jer.. RM9.90

Kepada ibu2 yang nak beli headband ni bolehlah ke blog:

atau



Friday, November 25, 2011

Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM)

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214

Wednesday, October 26, 2011

Friday, October 21, 2011

My Echa



My Echa... 3 minggu dah anak mama..
susah mo ambil gambar tym Echa buka mata..
almaklumlah siang Echa bobo' dan malam plak Echa berjaga dengan bangganya..



Monday, October 3, 2011

Dear Echa


Anak mama yang tersayang, Echa...
selamat dilahirkan pada 25hb Sept 2011,
jam 07.08 pagi di Hospital Kota Marudu...
seberat 2 .7kg...

muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Sunday, March 6, 2011

Lilypie Pregnancy tickers


tak sabar menunggu kelahirannya...